Write For Us

Kelantan miskin walaupun rakyatnya pandai - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada usahawan yang mahir dan berbakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata ini disebabkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS tidak dapat mentadbir sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peluang perniagaan Bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.
Mahathir berkata keadaan ini menghalang ramai usahawan Kelantan daripada mengembangkan bakat mereka dan membangunkan negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment