Write For Us

Kenapa takut dengan jawapan, dengar la dulu - Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertelagah dengan Menteri Tenaga Teknologi Hijau & Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkil berhubung isu proses pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH) antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang tertangguh sebanyak dua kali dan masih belum dapat sebarang penyelesaian sehingga kini.
Dalam sesi pertanyaan menteri, ketika Maximus berucap, Azmin bangun dan menjelaskan bahawa pihak kerajaan gagal memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai nilai kos pengambil alihan SPLASH.
"Persoalannya, apakah Menteri setuju Kerajaan Persekutuan sendiri melalui jemaah menteri telah mengambil keputusan untuk melantik penilai bebas bagi menentukan nilai sebenar yang perlu dibayar kepada SPLASH.
"Dan sehingga hari ini, jemaah menteri melalui kementerian gagal memaklumkan kepada kerajaan Selangor apakah nilai yang ditentukan oleh Deloitte yang dilantik sendiri oleh kerajaan Persekutuan," kata Azmin.
Sidang Dewan Rakyat kecoh dengan sorakan barisan ahli Parlimen BN yang menegur Azmin supaya bertanyakan soalan kepada menteri, bukannya berhujah.
Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee kemudian mengingatkan Azmin bahawa sesi kali ini adalah sesi pertanyaan menteri.
"Kita dalam MQT," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment