Write For Us

Kenyataan ‘jambatan ketiga’ Fadillah bermotif politik, kata Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mengenai jambatan ketiga Pulau Pinang, yang katanya dibuat secara "tiba-tiba".
"Saya terkejut beliau tiba-tiba buat kenyataan. Jelas ia kenyataan bermotifkan politik.
"Tetapi saya tidak mahu memendam persepsi negatif terhadapnya, saya akan lihat secara positif dan tidak akan mempersoalkan keikhlasan beliau," kata Lim pada sidang media hari ini.
Beliau berkata Fadillah boleh membantu kerajaan negeri Pulau Pinang dengan meluluskan pada dasarnya rancangan kerajaan negeri untuk membina jambatan ketiga bebas tol dan bukannya terowong dasar laut berharga RM6.3 bilion, bagi menghubungkan pulau itu ke Butterworth.
Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan berulang kali kepada Fadillah, "tetapi beliau nampaknya masih tidak faham.".
"Kami tidak tahu sama ada masalah itu terletak dengan pegawai atau bahawa beliau memang tidak memahami."
Namun, Lim berkata beliau tidak mahu bertekak dengan Fadillah, dan memberi jaminan akan menulis kepada menteri untuk membuatnya memahami isu berkenaan.
Beliau berkata, kali terakhir dirinya menulis kepada Fadillah adalah pada Mei tahun lalu.
"Kami akan menulis kepadanya sekali lagi, jika perlu, kami akan memulakan semula keseluruhan hubungan. Kami akan menyatakan kesanggupan untuk berjumpa dengannya secara peribadi."
Dalam satu kenyataan semalam, Fadillah menawarkan untuk membantu kerajaan negeri Pulau Pinang, yang gagal mengemukakan kertas kerja yang diperlukan untuk projek Jambatan Pulau Pinang yang ketiga.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment