Write For Us

Kerajaan nak elak perang harga minyak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertahankan keputusan mewajibkan pemilik stesen pam minyak memohon kepada Kementerian Perdaganan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika mereka mahu menawarkan harga diskaun.
Memberi alasan untuk mengelakkan perang harga, Johari berkata, ia juga membolehkan kerajaan mengetahui berapa lama sesebuah stesen pam minyak menawarkan harga promosi dan sama ada ia bersifat sementara atau kekal.
"Kerajaan mahu mengelakkan perang harga," katanya kepada media di Bandar Utama, Selangor hari ini.
Berbanding penetapan secara bulanan, harga runcit petrol dan diesel di negara ini akan diputuskan secara mingguan berkuat kuasa mulai tengah malam ini.
Mengikut cadangan asal, kerajaan akan menetapkan harga siling untuk bahan berkenaan dan pembekal dibenarkan menjualnya pada sebarang harga asalkan tidak melebihi paras ditetapkan itu.
Bagaimanapun, apabila kerajaan akhirnya mengumumkan pelan pelaksanaan itu, pengendali stesen pam minyak mendapatkan kebenaran daripada KPDNKK sebelum boleh membuat tawaran potongan harga kepada pengguna.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment