Write For Us

Kes bunuh Sosilawati: Seorang bebas, 3 dihukum gantung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap bekas peguam dan dua pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya tujuh tahun lalu namun membebaskan seorang lagi perayu.
Tiga lelaki berkenaan ialah N. Pathmanabhan, 47; T. Thilaiyalagan, 25 dan R. Kathavarayan, 37 .
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata terdapat terlalu banyak bukti yang menunjukkan Sosilawati dan tiga lagi dibunuh di ladang milik Pathmanabhan di Banting.
Arifin berkata mahkamah bagaimanapun membebaskan R. Matan, 26 berikutan kekurangan bukti untuk mengaitkan lelaki itu dengan pembunuhan tersebut.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Sementara itu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Matan berkata anak guamnya akan dibebaskan di Penjara Kajang.
Keempat-empat lelaki yang memakai baju penjara berwarna putih berlengan merah itu tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.
Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap empat lelaki tersebut selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; Ahmad Kamil Abdul Karim,
32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 8.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Mereka kalah dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada 4 Dis 2015.
Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa ke Banting bagi urus niaga tanah. Kehilangan mereka menjadi tajuk utama berita di negara ini.
Susulan itu, empat lelaki ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment