Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung kes tikaman tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selangor, ke Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini bagi pertimbangan lanjut pihak pendakwaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media, dan memaklumkan siasatan kini memasuki peringkat akhir selepas semua keterangan utama diambil.
Suspek yang juga pelajar institusi sama sebelum ini telah direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Oktober, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis turut mendapat lanjutan reman sehingga 28 Oktober bagi melengkapkan proses siasatan.
Kes ini mendapat perhatian meluas selepas mangsa, Yap Shing Xuen, 16 tahun, ditemukan maut akibat ditikam di dalam tandas perempuan sekolah tersebut pada 14 Oktober lalu. Hasil siasatan awal turut mendapati “cinta tidak berbalas” antara motif yang sedang diteliti pihak berkuasa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment