Write For Us

Khalid Samad kesal penyerang tidak hadir kawad cam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan polis meminta beliau hadir melakukan kawad cam namun tidak menampilkan watak utama yang melakukan serangan di luar bangunan parlimen November lalu.
Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat parti AMANAH hari ini.
Dalam kejadian pada 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan orang mendakwa dari Pasir Salak, Perak, ekoran pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antaranya dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Tajuddin juga merupakan ketua bahagian Umno Pasir Salak merangkap anggota parlimen kawasan berkenaan.
Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.
Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.
Mengulas lanjut Khalid yang juga Ketua Penerangan AMANAH Pusat berkata beliau telah meminta pegawai penyiasat mencatatkan segala komen beliau.
Dalam sidang media itu juga Khalid meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memandang serius kes terbabit.
Katanya lagi, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga diminta memainkan peranan beliau dengan mengkaji apakah tindakan sewajarnya ke atas anggota Parlimen Pasir Salak.
Tambah Khalid, apa yang berlaku pada 24 November itu boleh dielak sekiranya speaker mengambil tindakan tegas mengawal ucapan di dalam Dewan Rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment