Write For Us

'Kit Siang belum ziarah Hadi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan kunjungan PKR terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu hanyalah sekadar ziarah.
Ketika menjawab soalan pemberita berhubung ziarah itu menyentuh mengenai perkara kerjasama PAS-PKR di Selangor, Tuan Ibrahim menafikan perkara itu.
"Kunjungan beliau ialah kunjungan ziarah tuan guru yang tak sihat. Saya fikir itu program biasa, ziarah. Siapa nak mari ziarah, kita buka.
"Ziarah orang sakit tak banyak bincang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Selangor semalam.
Pada Sabtu lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden parti, Dr Shaharuddin Badaruddin menziarahi Abdul Hadi ekoran pembedahan menggantikan injap jantung yang dilakukan pada Mei lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment