Write For Us

K'jaan nak tahu strategi PN di Sungai Bakap? Nak pi mana pilah - Saifuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Awang Hashim (PN-Pendang) bertikam lidah dengan Saifuddin Nasution Ismail selaku pemegang portfolio Menteri Dalam Negeri kerana tidak berpuas hati dengan agensi penguatkuasa ketika minggu berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru ini.

Kata Awang pihak berkuasa telah mencerobohi hak privasi pihak pembangkang dalam merancang strategi Perikatan Nasional untuk memenangi pilihan raya yang akan berlangsung pada 6 Jun kelak.

Bagaimanapun, Saifuddin mencantas kritikan Awang mengatakan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihak polis selaku pasukan pemantau yang dibentuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengawasi keadaan sepanjang minggu berkempen.

Saifuddin berkata pihaknya sama sekali tidak tergugat dengan strategi yang dilakukan oleh parti pembangkang itu malah tambahnya strategi PN mudah dijangka.

Sumber Video : https://www.youtube.com/live/JZLbr5Nbxrs?si=YpLHzXWv4FroCL70
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment