Write For Us

KKM laksana bayaran secara e-wallet

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
95 Views
Published
Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif melaksanakan kaedah pembayaran perkhidmatan perubatan di klinik kesihatan melalui penggunaan e-wallet (Boost) bagi menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan masyarakat tanpa tunai di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pelaksanaan bayaran perkhidmatan tanpa tunai itu bertujuan mempelbagaikan kaedah bayaran serta menambah baik penyampaian perkhidmatan kaunter sekali gus membudayakan kerajaan pintar.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pelaksanaan E-Wallet (Boost) di Klinik Kesihatan Cheras, pada Selasa, 26 November.
Dzulkefly berkata, penggunaan e-wallet (Boost) dirintis di empat klinik kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Cheras, Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya dan Klinik Kesihatan Seremban sejak September lalu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment