Write For Us

KKM terima sesiapa saja mahu dapatkan rawatan di hospital

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Kementerian Kesihatan menjelaskan pihaknya menerima sesiapa sahaja yang mahu ke wad kelas 3 (percuma) kerana itu hak masing-masing.
Menterinya, Datuk Seri S.Subramaniam berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media hari ini.
Terdahulu, timbul keresahan di kalangan orang ramai apabila kemungkinan pesakit yang sebelum ini mendapatkan rawatan di wad pesakit kelas 1 dan 2 beralih ke wad pesakit kelas 3 apabila caj bayaran untuk wad 1 dan 2 itu dinaikkan.
Caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua di hospital kerajaan dinaikkan sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2017.
Pada 14 November lalu, Bernama melaporkan Subramaniam berkata hanya 1.6 peratus sahaja jumlah pesakit dijangka terlibat dengan kenaikan caj tersebut manakala 98.4 peratus lagi akan dibiayai melalui subsidi penuh.
Kata Subramaniam, jumlah pesakit dalam, pada setiap tahun, adalah 2 juta dan daripada jumlah itu, 32,000 orang adalah pesakit kelas satu dan dua.
Tumpuan utama Kementerian Kesihatan (KKM) adalah terhadap kumpulan berpendapatan rendah dan memastikan mereka tidak dikenakan bayaran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment