Write For Us

KPDNKK: Tak pasti harga naik kerana ayam sakit tekak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
179 Views
Published
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan(KPDNKK) beranggapan harga ayam turut naik semasa musim hari raya kali ini yang dikatakan berpunca daripada ayam-ayam mengalami wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong merupakan andaian semata-mata.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmud berkata Ia hanyalah spekulasi. Kita tidak pasti harga ayam naik sebab apa kerana pihak kita belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana peruncit berkenaan kenaikan harga ayam.
Tambahnya 'kita tunggu peruncit berikan fakta dan sebab mengapa mereka naikkan harga ayam. Kalau sengaja mereka naikkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka'
Ahmad Dahuri juga berkata pihaknya sedang menunggu maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk mengesahkan perkara sama ada berlaku serangan penyakit kerongkong terhadap ayam-ayam.
Harga ayam di seluruh negara didapati naik mendadak sehingga dijual RM10 sekilogram sejak Khamis lalu berbanding harga kawalan RM7.90.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment