Write For Us

Spekulasi harga gula naik, ini jaminan Menteri KPDNKK

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan spekulasi kenaikan harga gula namun memberi jaminan ia tidak akan naik buat masa ini.
Bagaimanapun, kata Hamzah, kenaikan itu akan dilihat jika ia memberi kesan kewangan kepada industri pengilang gula.
"Saya memberitahu mereka, tak boleh naikkan harga gula kecuali ia memberi kesan terhadap pengilang.
"Buat masa ini, harga masih kekal sama," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran #JanganLebihLebih menjelang sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri hari ini.
Terdahulu, MSM Malaysia Holdings Bhd dilapor masih berunding dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula tempatan sebanyak 29 sen sekilogram lagi bagi memastikan keuntungan syarikat itu tahun ini.
Presiden kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad berkata harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah lagi prestasi semasa ringgit menjadikan 2017 sebagai tahun yang amat mencabar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment