Write For Us

Kumpulan Kristian, Taoism juga dirujuk sebelum pinda RUU Mufti - Zulkifli

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Kerajaan telah mengadakan banyak sesi libat urus, termasuk dengan kumpulan bukan Islam, bagi memastikan pandangan pelbagai pihak diambil kira dalam pindaan dalam Rang Undang-undang (RUU) Mufti Wilayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata antara kumpulan bukan Islam yang terlibat dalam perbincangan adalah Persekutuan Kristian Malaysia, Persatuan Ajaran Taoism Malaysia dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) kerajaan Sarawak.

Pihaknya turut mengadakan libat urus antaranya dengan Pejabat Peguam Negara, Ketua Hakim Syarie, pendakwa raya dan majlis agama Islam negeri.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/LdBCJ0BxMgM
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment