Write For Us

"Lagi tua lagi banyak mengata," sindir Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap golongan pengiat seni berpengaruh dalam membina pengikut masing-masing.
Najib juga kesal ada sesetengah pihak yang menghentam dan mengkritik kerajaan menerusi media sosial.
Najib mengibaratkan pihak-pihak yang mengkritik itu sebagai 'tidak ada modal' dan 'sedap mengata orang'.
"Modal tak ada. Sedap mengata orang je.
"Mengata nombor satu. Tambah dosa. Lagi tua lagi banyak mengata," katanya.
Malam tadi, Najib berucap pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya.
Najib berkata apa yang kerajaan lakukan bukan sahaja untuk dinikmati rakyat hari ini tetapi juga untuk generasi TN50.
"Jadi kita nak membina masa depan.
"Mengata sesiapa pun boleh mengata, tetapi kita mesti membina...membina secara kreatif.
"Apa yang kita buat hari ini bukan untuk kita, kita ni berapa lama lagi nak hidup. Kita bina untuk generasi TN50," kata Najib.
Seramai 500 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti agama menyertai Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment