Write For Us

'Lanskap politik rapatkan Umno, PAS'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata, perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadikan Umno dan PAS kini semakin rapat.
Beliau berkata Umno sedia bekerjasama dengan parti Islam itu sekiranya terdapat isu yang boleh dibincangkan.
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengatakan parti itu akan berbincang dengan PAS untuk meletakkan hanya satu calon pada PRK di Sungai Kandis.
Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan hanya akan bekerjasama tetapi tidak akan bergabung dengan Umno.
Terdahulu Annuar ditanya mengenai kerjasama antara kedua-dua parti itu selepas bertindak bersama keluar dewan ketika majlis pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos sebagai Speaker Dewan Rakyat, Isnin lalu.
Ketika itu hampir semua wakil BN dan PAS - kecuali Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Anifah Aman – keluar dewan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment