Write For Us

Lantik Hisham tidak baik untuk Zahid, Rafizi pertahan ramalan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tetap dengan ramalannya bahawa pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri bukan petanda baik untuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Semalam Hishamuddin menyifatkan pemimpin PKR itu sebagai "ketua kaki kipas" kerana ramalannya itu.
"Itu putar belit Rafizi. Memang kerja dia pun. Jadi apa kita nak susah sangat dengan apa dia kata. Bukan dia lantik saya.
"Jadi saya harap media pun kalau nak dengar cakap pihak yang selalu kipas dan lagakan (teruskan). Rafizi ini ketua kipas dan lagakan (orang), jadi saya nak bagi tahu dia, dia takkan berjaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pelantikan yang berkuat kuasa serta-merta dan mengekalkan Hishammuddin sebagai menteri pertahanan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment