Write For Us

Lim: Akta berita palsu bertujuan 'selamatkan' Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa, Akta Antiberita Tak Benar yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat bertujuan untuk 'menyelamatkan' Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terpalit dengan skandal 1MDB.
Malah, kata Lim, perkara itu dibuktikan apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari memberitahu Parlimen minggu lalu bahawa mana-mana maklumat berkaitan 1MDB yang tidak disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia dianggap sebagai berita palsu.
"Jelas menunjukkan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar adalah untuk menyelamatkan Najib daripada skandal 1MDB.
"Jailani telah kata bahawa definisi untuk berita palsu ialah 'berita yang disahkan palsu oleh pihak yang berkuasa dalam perkara tersebut'.
"Tidakkah ia bermakna bahawa semua media yang melaporkan berita yang didakwa sebagai 'palsu' tentang skandal 1MDB yang turut muncul di media antarabangsa akan didakwa di bawah Akta Antiberita idak Benar?" soal Lim.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment