Write For Us

LTTE: ADUN Seremban Jaya bebas, lepas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, 24 Februari melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran daripada tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LLTE).
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan prosiding.
Gunasekaran, 60, sebelum ini dituduh bersama-sama ahli DAP, V Suresh Kumar, 43; pengusaha restoran, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 28.
Pada 31 Oktober lalu, Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment