Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peniaga B Subramaniam yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan berkaitan kumpulan pengganas LTTE, supaya dibebaskan dengan jaminan sehingga kesnya selesai.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan kesalahan di bawah Seksyen 130J Kanun Keseksaan berkaitan keganasan merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin menurut Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman dan Aslinda Ahad manakala peguam S Selvam mewakili Subramaniam.
Selvam ketika ditemui pemberita berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment