Write For Us

M40 boleh mohon mySalam sebelum 31 Mac

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula Selasa, 11 Februari hingga 31 Mac ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.
Selepas tarikh itu semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing.
Beliau berkata, perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit novel coronavirus yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari.
Beliau berkata demikian pada Pelancaran Perluasan Skim Perlindungan Masyarakat mySalam di Kementerian Kewangan, pada Selasa, 11 Februari.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment