Write For Us

Majikan disaran wujud formula supaya pekerja yang diberi kemahiran, kekal setia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Majikan disaran wujudkan formula perjanjian dengan pekerja supaya mereka tidak bertindak 'lari’ mencari majikan baru selepas mendapat latihan kemahiran, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Beliau berkata majikan cenderung mengambil pekerja asing kerana terdapat kerisauan warga tempatan akan berhenti sebaik sahaja diberi kemahiran.
"Majikan harus mendorong pekerja mereka mendapat kemahiran tetapi terdapat kerisauan, mereka akan cabut selepas mendapat kemahiran.
“Amat menyedihkan bagi majikan apabila pekerja yang telah diberi kemahiran dan kemudian mereka cabut (lari), dan ini akan menjejaskan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) pada Isnin.
Katanya formula kerajaan yang menaja pelajar mendapat pengajian luar negara boleh digunapakai pihak majikan untuk memastikan pekerja mereka 'setia' untuk terus berkhidmat.
Kula Segaran berkata dalam mesyuarat bersama exco sumber manusia negeri, beliau turut menekankan kepentingan memacu dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kemahiran pelajar serta tenaga kerja sedia ada.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment