Write For Us

Malaysia kerjasama dengan Interpol jejak pelarian Uighur

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Malaysia bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan Aseanapol mengesan 20 etnik Uighur Muslim, China yang melarikan diri dari pusat tahanan imigresen di selatan Thailand, kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat mengenai insiden itu daripada pihak Thailand.
Bagaimanapun, belum ada maklumat sama ada mereka memasuki negara ini atau sebaliknya.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata PDRM sedang mengesan kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri itu.
"Kita ada mekanisme untuk kesan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan Kali Ke-3 anjuran Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Indonesia's Financial Intelligence Unit (PPATK) dan Australia's Finacial Intelligence Unit (AUSTRAC) di Sasana Kijang, di sini, hari ini.
Zahid mengulas laporan Pihak Berkuasa Thailand yang sedang memburu 20 etnik Uighur dari China yang melarikan diri dari pusat tahanan imigresen di Sadao, berhampiran selatan Malaysia-Thailand, ketika Beijing mendesak mereka dihantar pulang.
Kumpulan yang diburu itu antara ratusan etnik Uighur yang ditahan di Thailand pada 2014, walaupun mendakwa mereka rakyat Turki, dikhuatiri menyelinap masuk ke Malaysia untuk menyelamatkan diri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment