Write For Us

MB Kelantan pangku jawatan Mursyidul Am PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akan memangku jawatan Mursyidul Am parti itu selepas pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din, pada Jumaat lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.
Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lalu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015.
Haron, 76 tahun, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, di California.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment