Write For Us

Media berebut tanya hal matrikulasi, Maszlee minta focus TVET

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan tiga inisiatif baharu sebagai langkah penambahbaikan dan peningkatan mutu pendidikan kolej komuniti.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, inisiatif-inisiatif itu termasuk Program ACES, Maker Market dan Pondok Perdana.
“Ini adalah usaha yang progresif memandangkan bilangan kolej komuniti semakin bertambah tahun demi tahun dan perlu kekal relevan kepada masyarakat untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0,” katanya pada majlis pelancaran tiga inisiatif.
Menurut Maszlee, menerusi Program ACES, perluasan akses pendidikan ke kolej komuniti diperkukuh dengan membangunkan beberapa program pengajian alternatif yang dilaksanakan di institusi terpilih.
Soalan-soalan isu kuota matrikulasi menjadi topik hangat di kalangan media buat masa ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment