Write For Us

DAP minta bincang pengganti Dr Maszlee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
DAP berharap perbincangan dapat diadakan antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum memutuskan bakal pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ini kerana parti itu juga mempunyai pandangan sendiri berhubung perkara berkenaan dan lebih baik ia dibincangkan terlebih dahulu.
Baginya, perkara itu lebih baik dibincangkan bersama dalam mesyuarat PH.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek naik taraf blok 826 Kuarters Kastam Bagan Jermal, di Butterworth, pada Sabtu 4 Januari.
Menjawab spekulasi mengatakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed bakal menggantikan Maszlee, Guan Eng berkata, beliau tidak tahu mengenainya tetapi yakin menteri baru yang bakal dilantik kelak adalah seseorang daripada PH.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment