Write For Us

Memang Tun M rancang Mukhriz jadi PM, dakwa Ismail

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merancang daripada awal lagi mahu menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Kata Ismail, Mahathir begitu kecewa dengan Umno kerana parti itu tidak memberi laluan kepada Mukhriz.
Beliau katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan hari pertama persekolahan di Tabika Kemas di Bandar Baru Salak Tinggi.
Sebelum ini Mukriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu (BERSATU) menafikan terdapat perjanjian sulit antara bapanya dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk memilihnya sebagai perdana menteri.
Katanya tuduhan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim itu sengaja dikeluarkan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment