Write For Us

Mukhriz tak tolak jadi PM tapi...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak untuk menjadi perdana menteri suatu hari nanti, kerana baginya semua ahli politik bercita-cita untuk naik ke tahap itu.
Namun, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, ia perlulah dicapai melalui cara yang betul.
Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi kenyataan bertulis saksi dalam kes samannya terhadap bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Pada 2016, Tunku Abdul Aziz mendakwa wujudnya komplot untuk menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sebagai timbalannya.
Tunku Abdul Aziz berkata perjanjian rahsia itu dicapai oleh Mahathir dan Lim pada 3 Disember 2016.
Justeru, Mukhriz berkata Tunku Abdul Aziz tiada hak untuk menyerang kredibilitinya dalam soal itu.
Kes ditangguhkan ke 18 Januari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment