Write For Us

Mengaku miliki imej, video Daish

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Pekerja am resort dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki 29 imej dan 240 video berkaitan kumpulan pengganas Daish dalam telefon bimbit, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Saibi, 24, faham pertuduhan selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan resort di Kampung Sedili Kechil di sini, 4.20 petang, 21 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan [Akta 574] yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi'uddin bagaimanapun memohon tarikh sebutan semula sementara mendapatkan laporan pakar dan izin untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah menetapkan 21 Mei depan untuk sebutan semula dan lantikan peguam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment