Write For Us

MP k'jaan terima memorandum dari kumpulan bela Beng Hock

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Pengerusi Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-Ada), NG Yap Hwa berkata mereka sangat kecewa apabila mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sudi berjumpa dan menerima memorandum daripada pihaknya di luar bangunan Parlimen pada hari ini

Bagaimanapun, Ng berkata terdapat beberapa ahli parlimen kerajaan yang hadir untuk menerima memorandum bagi pihak kerajaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook memberi jaminan akan bertemu dengan keluarga mendiang Teoh dalam masa terdekat untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan kepada kerajaan hari ini.

Terdahulu satu demonstrasi oleh sekumpulan aktivis menuntut keadilan atas kematian mendiang Teoh Beng Hock telah disekat daripada menghampiri bangunan parlimen di ibu negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment