Write For Us

MP Kulai: 'Kes Malaysiakini beri implikasi yang besar kepada pengguna media sosial'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
(Nota: Berikutan perintah Mahkamah Persekutuan agar semua pihak tidak memberi komen mengenai kes ini, fungsi komen untuk video ini telah ditutup.)

MP Kulai, Teo Nie Ching hari ini menyifatkan prosiding menghina mahkamah terhadap Malaysiakini dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan oleh Peguam Negara Idrus Harun akan memberi implikasi yang besar kepada media dan pengguna sosial media.

Menurutnya, pemilik sesebuah laman media atau media sosial tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya ada pengguna media sosial yang sengaja meninggalkan komen-komen tidak bertanggungjawab di laman tersebut.

Beliau tidak menolak untuk tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas mana-mana pengguna media sosial yang sengaja mengeluarkan komen-komen yang boleh mengapi-apikan sebarang isu.

Teo Nie Ching pagi ini hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi memberi sokongan kepada Malaysiakini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment