Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengingatkan penjawat awam supaya lebih berhati-hati mengenai apa yang mereka siarkan di media sosial kepunyaan masing-masing.
Azalina juga turut mengingatkan mereka supaya tidak menjadi seperti pegawai di kedutaan Malaysia di Manila, yang digantung tugas berkuat kuasa serta merta dan mengarahkan pulang bagi menghadapi tindakan disiplin selepas dia didakwa menyiarkan komen fitnah terhadap mendiang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di media sosial.
Azalina berkata demikian ketika berucap ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya pagi tadi.
Terdahulu, Azalina menjawab isu gambarnya dikelilingi mesin judi yang menjadi viral ketika berkunjung ke Las Vegas, Amerika Syarikat.
Azalina berkata terdapat segelintir pihak cuba memusingkan fakta kononnya beliau berjudi, sedangkan mesin-mesin judi itu mudah didapati di lapangan terbang di situ.
Dalam pada itu, Azalina juga mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menyokong kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional.
Azalina mengingatkan kepada penjawat awam yang ingin menyuarakan pendapat harus menggunakan saluran yang betul ataupun berhenti menjadi penjawat awam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment