Pendakwah dan golongan agamawan dinasihati supaya tidak terlalu fokus terhadap perkara remeh- temeh sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.
Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pendakwah seharusnya memberi penekanan kepada isu lebih besar seperti ekonomi dan pendidikan Islam yang boleh memberi manfaat kepada semua.
Memetik laporan Malaysiakini, Wan Salim berkata fokus utama haruslah benda besar yang lebih bermanfaat kepada umat islam kerana menumpu kepada benda kecil tidak berguna dan sia-sia.
Tambah Wan Salim lagi, ia juga akan menimbulkan keresahan dalam masyarakat seperti Ada yang rasa bersalah, orang lain akan pertikaikan dan ia merugikan masa dan tenaga kita.
Terdahulu Wan Salim ditanya mengenai pandangan dikeluarkan penceramah bebas yang popular, Azhar Idrus yang melarang wanita Muslim mengambil gambar di kedai foto bukan Islam.
Azhar membuat kenyataan itu selepas ditanya mengenai hukum mengambil gambar.
Jawapan berkenaan disiarkan portal dalam talian PAS, Harakahdaily Selasa lalu.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata tidak ada sebarang masalah jika wanita Islam ingin mengambil gambar di kedai bukan Islam asalkan menutup aurat.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment