Write For Us

Muhyiddin ambil tanggungjawab Jamal lolos

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bertanggungjawab atas dakwaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini dikehendaki polis telah terlepas melarikan diri ke Indonesia.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.
Jamal melarikan diri sejak minggu lepas selepas polis mengeluarkan waran tangkap untuknya. Beliau juga disenaraihitamkan Jabatan Imigresen.
Apabila ditanya bagaimana Jamal meninggalkan negara ini walaupun selepas disenarai-hitamkan, Muhyiddin berkata beliau juga tidak sedar hal berkenaan.
Muhyiddin mengadakan sidang akhbar tersebut selepas hadir taklimat di Jabatan Imigresen yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment