Write For Us

Mukhriz umum bertanding di Kedah, bukan Putrajaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk seri Mukhriz Mahathir berkata beliau akan bertanding di Kedah, dan bukannya di Putrajaya dan Pilihan Raya Umum ke-14.
Dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau akan membawa parti itu di Kedah dan bertanding di situ, namun masih merahsiakan kawasan terbabit.
Mukhriz adalah DUN Ayer Hitam dan pada 2008 memenangi kerusi Parlimen Jerlun.
Katanya, PPBM mendapat sambutan yang sangat baik dari orang ramai apabila penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.
Malah katanya, terdapat juga ahli Umno yang menyerahkan borang bagi menyertai parti itu.
Mukhriz turut berharap orang ramai menyertai parti itu di Kedah bukan kerana simpati kerana beliau kehilangan jawatan sebagai menteri besar.
Katanya lagi, mereka yang menyertai PPBM haruslah bersedia untuk mengubah minda dalam menghadapi pertukaran kerajaan di peringkat pusat kerana pihaknya mahu menyelamatkan negara dalam pelbagai kemelut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment