Write For Us

Najib dipanggil SPRM lagi

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
72 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, kali ini untuk membantu siasatan dalam kes baru berkaitan 1MDB.
Memetik Malaysiakini, sumber yang tahu tentang perkara itu, Najib tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada sepuluh pagi tadi.
Ini merupakan kali kelima Najib memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkaitan syarikat pelaburan milik negara itu.
Setakat ini, beliau sudah dihadapkan dengan 32 tuduhan - 25 daripadanya adalah penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Baki tujuh tuduhan pula berkaitan penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berkaitan bekas subsidiari syarikat itu, SRC International.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment