Write For Us

Najib kecam tuduhan 'bekas pemimpin 93 tahun'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam kenyataan bekas pemimpin berumur '93 tahun' yang dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyalahkan Polis mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahathir dalam satu kenyataannya mendakwa polis bertanggungjawab dan bersalah kerana mendorongnya memecat Anwar yang juga timbalan perdana menteri pada 1998.
Namun kenyataan Mahathir itu telah dijawab oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Rahim Noor yang menafikan perkara berkenaan.
"Terbaru pula ada bekas pemimpin berumur 93 tahun telah mendakwa kononnya Polis bertangungjawab dan bersalah kerana mendorong beliau memecat Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998," kata Najib.
Najib turut menafikan dakwaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi 'pak turut' kerajaan dan mengatakan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.
"Ada juga yang melahirkan persepsi serong melabelkan PDRM kononnya pak turut kerajaan, makan gaji buta, dan kadar jenayah semakin meningkat.
"Ini semua adalah tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sama sekali," katanya ketika berucap pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) pagi ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment