Write For Us

Najib nafi wujud 'tangan sembunyi' di sebalik siasatan Jong-nam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Pyongyang yang mengatakan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik siasatan yang sedang dijalankan oleh polis Malaysia atas kematian Kim Jong-nam.
"Pihak polis dan doktor kami adalah sangat sangat profesional. Saya mempunyai keyakinan mutlak bahawa mereka sangat objektif dalam apa sahaja yang mereka lakukan.
"Kami tidak ada sebab mengapa kita mahu melakukan sesuatu yang akan meletakkan Korea Utara dalam situasi buruk," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Duta Korea Utara Kang Chol petang tadi melahirkan rasa tidak percaya ke atas siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Beliau juga menuduh Malaysia bekerjasama dengan Korea Selatan untuk membantu mewujudkan gangguan untuk krisis yang sedang berlaku di sekeliling kepimpinan Korea Selatan.
Najib bagaimanapun menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia akan kekal objektif dalam siasatannya mengikut undang-undang Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment