Write For Us

Najib: 'Saya nak pergi Saudi peluk King Salman'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan memeluk Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai tanda terima kasih atas penambahan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini.
Katanya, penambahan kuota haji itu merupakan salah satu jasa Umno kepada rakyat dinegara ini.
'Siapa wujudkan tabung haji? (kita beri) subsidi.. itu tak masuk lagi program haji 1MDB yang percuma untuk ketua kampung dan imam.
'Kita tahu inilah cara kita bela rakyat. Esok saya pergi Riyadh, jumpa King Salman sekali lagi saya nak peluk dia sebab bagi kuota khas untuk Malaysia.
'Ramai orang berkat naik haji kerana perjuangan Umno,' kata Najib dalam ucapannya dalam program Umno bantu rakyat di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang hari ini.
Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 daripada 27,900 orang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment