Write For Us

Najib tiba di JSJK di Menara 238

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Kenderaan yang membawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Menara 238, Jalan Tun Razak pada 9.20 pagi hari ini.
Sebelum ke mahkamah, SPRM dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi merakamkan percakapan Najib bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Pada 4 Julai lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 8 Ogos pula, bekas perdana menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas.
Semalam, Najib ditahan SPRM pada 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di sini berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.
Beliau bakal menghadapi pertuduhan di mahkamah di Kuala Lumpur pada 3 petang hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment