Write For Us

'Nak menangis tengok harga'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Harga bawang merah dijual kepada pengguna di Petaling Jaya, memang sudah naik sejak dua bulan lalu berikutan bekalan barangan kering itu menyusut.
Tinjauan Harian Metro di sebuah pasar basah di situ mendapati harga bawang merah yang diimport dari India dijual pada harga antara RM12 hingga RM14 bagi sekilogram.
Peniaga, V T Asha, 52 berkata, harga bawang terbabit sudah naik sebelum musim perayaan Deepavali yang lalu.
Katanya, dia membeli RM12 sekilogram pada pembekal dan terpaksa menjualnya pada harga RM14.
Dalam pada itu, R Angamah, 67 berkata, agak sukar untuk mendapatkan bekalan bawang merah dari India itu, sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, kini bawang yang datang semuanya dari Belanda, Pakistan, China dan Siam.
Tambahnya, bawang dari India memang susah untuk didapati sekarang ini kerana tiada bekalan barangan kering itu dari pembekal.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment