Write For Us

'Nampaknya semua senyap saja. Saya mahu tahu mengapa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo mahu pihak polis mengemaskini siasatan terhadap dakwaan skandal yang dipalitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Dalam satu kenyataan, katanya, polis telah lama mendiamkan diri mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan 'hubungan sulit' dengan isteri orang itu.
Kemas kini terakhir daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai kes membabitkan Dzulkifli, adalah pada 6 Disember, 2017, di mana beliau berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.
Polis sedang menyiasat Dzulkifli di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang susulan penyebaran tiga video pendek beliau berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment