Write For Us

'Saya nak semua tahu Najib seorang jujur' - Rosmah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan suaminya Datuk Seri Najib Razak adalah seorang yang sangat jujur dan berada dilandasan yang betul.
Rossmah dalam ucapannya sempena hari kelahiran Najib yang ke 65 di Parlimen memberitahu bahawa seluruh ahli keluarganya amat menyayangi Najib.
"Saya ucapkan agar semua yang terbaik untuk dirinya dan untuk keluarga kami juga.
"Saya juga mahu anda semua tahu bahawa keluarganya amat menyayangi beliau dan dia adalah seorang lelaki yang sangat jujur dan dia berada di jalan yang betul," ujar Rosmah.
Sebelum itu Najib diberi 'kejutan' sempena sambutan hari lahirnya ke-65 di Parlimen oleh teman rapatnya.
Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis Pahang dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein serta Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment