Write For Us

Nurul Izzah- Tak perlu 'layan' kenyataan Adam Rosly

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Sebarang kritikan dibuat pemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Adam kini bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Adam Rosly sedang bercuti, maka tak perlu lah kita endahkan apa-apa kenyataan memandangkan tumpuan bagi pimpinan untuk melawan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sebuah kolej di Kajang hari ini selepas diminta mengulas serangan yang dilakukan Adam terhadap Rafizi yang menuntut supaya Anggota Parlimen Pandan itu telus berkaitan dana Invoke dan NOW.
Malah, Nurul Izzah turut dilihat mempertahankan Ahli Parlimen Pandan itu yang disabitkan bersalah kerana mendedahkan dokumen-dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).’
“Rafizi Ramli dikenali dan tersohor dengan komitmen beliau mendedahkan rasuah BN.
“Kita ketahui beliau menjadi mangsa kepada salah seorang pembocor matlamat yang penting dalam pembinaan, pengukuhan demokrasi dalam negara kita,” katanya.
Semalam, Adam memberi Rafizi masa selama 48 jam untuk mendedahkan butiran dana melibatkan NOW dan Invoke kerana katanya ia adalah koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.
Gesaan itu menyebabkan Rafizi tampil mendedahkan pendapatan Invoke sejak ditubuhkan hingga 30 April 2017 adalah sebanyak RM2,780,652.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment