Write For Us

"Sebagai mantan PM, Mahathir boleh keluar kenyataan sendiri," kata Nurul Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menganggap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BERSATU telah menamatkan tempoh perbincangannya dengan PAS untuk mengadakan kerjasama dalam gabungan Pakatan Harapan, dilihat hak tokoh ulung itu mengeluarkan kenyataan.
Nurul Izzah yang enggan mengulas lebih lanjut, berkata perkara yang penting adalah tumpuan kepada satu lawan satu menjelang pilihan raya umum nanti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan mangsa buli di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, menurut bekas perdana menteri dan presiden Umno itu, BERSATU memberi lebih masa kepada PAS bagi membolehkan parti berkenaan memberi pandangan serta berbincang.
Selepas BERSATU menyatakan syarat yang dikehendaki, kata Dr Mahathir, PAS pula selepas sekian lama tidak memberi jawapan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment