Seorang pemimpin DAP menyelar tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang bertindak memecahkan lebih 100 botol bir di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pagi tadi.
ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata perbuatan Jamal itu dianggap contoh sebagai 'orang boleh mabuk tanpa minum alkohol.
Jelas Lau, tindakan itu dianggap dahsyat kerana boleh mengganggu ketenteraman awam yang perlu ditangani pihak polis.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
- Jamal pecahkan botol bir di SUK
Terdahulu, Jamal hadir bersama kira-kira 20 orang penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras dan tukul besi pada jam 10.15 pagi.
Jamal berkata pihaknya membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.
Pemimpin Umno itu turut memberikan amaran kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah terhadap penganjuran pesta itu selain melarangnya diadakan di Selangor.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment