Write For Us

Parallel Pathway haram? Kemelut tak selesai burukkan 'brain drain'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
4 Views
Published
Isu Parallel Pathway menjadi tumpuan apabila UiTM digesa membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks bagi mengatasi masalah kekurangan pakar di negara ini.

Ia selepas Majlis Perubatan Malaysia menolak permohonan empat pakar bedah kardiotoraks untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) yang diperoleh mereka tidak diiktiraf.

Tambah mendukacitakan, dua daripada pakar bedah kardiotoraks tersebut kemudian menerima tawaran kerja dari luar negara.

Wartawan KiniTV Seth Akmal mendapatkan pandangan doktor pakar Dr Timothy Cheng dan ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii berhubung kemelut parallel pathway yang belum selesai sehingga mengheret perbahasan isu kaum.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment