Write For Us

PAS beri laluan, sokong BN di Rantau

Loading...
Google Rank
23 Views
Published
PAS akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Rantau.
Memetik Bernama, Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha berkata keputusan itu berdasarkan persefahaman yang dicapai kedua-dua parti sebelum ini untuk saling membantu.
Katanya, kemungkinan besar Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri akan pertahankan kerusi itu maka PAS memberi laluan kepada calon BN untuk bertanding.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Richard Malanjum pada 18 Feb lalu menolak rayuan Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau sebagai terbatal dan tidak sah.
Keputusan itu sekali gus membuka laluan kepada PRK bagi DUN Rantau untuk diadakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment