Write For Us

PAS jelaskan maksud 'puas hati penjelasan 1MDB'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
458 Views
Published
Antara isu yang menjadi bahan serangan pihak lawan kepada PAS ialah pengakuan parti itu bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan diberikan 1MDB.
Kenyataan itu dibuat ketika hampir semua parti pembangkang masih tidak berpuas hati dengan apa saja maklumat yang diberikan oleh syarikat pelaburan milik kerajaan berkenaan.
Tokoh PAS yang membuat perakuan bahawa parti itu berpuas hati - selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy - ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malaysiakini berpeluang bertemu timbalan presiden PAS itu dan bertanyakan soalan sama - benarkah beliau berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda berkenaan?
Menurut Tuan Ibrahim apa yang berlaku ialah PAS berpuas hati dengan penjelasan yang diberi, bukan apa yang berlaku pada 1MDB.
Mendakwa kenyataan itu disalah tafsir beliau berkata PAS konsisten mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang berlaku ke atas 1MDB.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment