Himpunan 'Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung malam tadi di Padang Timur, Petaling Jaya jelas tidak mampu menandingi himpunan Fastaqim 2.0 anjuran PAS dengan kehadiran 250 ribu peserta.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata kehambaran himpunan Pakatan Harapan (HARAPAN) itu juga memang sudah dijangka.
“Saya dah jangka sebab dia sendiri sudah ‘down’ dia kata dia bukan nak lawan Fastaqim, Fastaqim 250 ribu,” kata Mahfodz kepada pemberita di selepas kuliah Dunia Islam Masa Kini di Dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM), Gombak hari ini.
Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi AWANG.
Mahfodz berkata demikian mengulas kehambaran himpunan anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.
Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran HARAPAN melabuhkan tirainya dengan mengumumkan sejumlah 25,000 yang hadir menyertainya, namun Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi kira-kira 8,000.
Bagaimana Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan jumlah kehadiran peserta perhimpunan sekitar 4,000 orang.
Penganjur sebelum ini menyasarkan 100,000 penyertaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment